BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 16, 2009

SELAMAT DATANG!!!

Assalamualaikum......
baru je belajar nak buat blog sendiri je nie...hehehehe... semoga daripada blog nie kite dapat berkongsi2 maklumat dan idea masing2...

sekarang nie cuti semestar, ana pun baru je lepas habis praktikal di JPPH Gombak. Alhamdulillah keputusan pun dah dapat.. tunggu nak bukak sem je nie.. kene la balik UTM awal Julai nie ye..

baru2 nie pun rumah ana baru sahaja selesai kenduri kahwin.. kakak ana kahwin.. sekarang tinggal ana dan abang kembar ana je bujang mude...hehehe.. Jodoh x ke mana..



KERJA-KERJA PENYEMBELIHAN YANG DILAKUKAN OLEH PENDUDUK KAMPUNG...

Sempena majlis perkahwinan tersebut family ana pun buat la aqiqah lembu peliharaan keluarga.. besar jugak le lembunya..ana pun xpenah pegi pun ladang lembu tu.. maklum le busy memanjang je..hekhek... Tengok daripada kerja-kerja yang dibuat bukannye senang tau nak menyembelih lembu nie... tapi alhamdulilah dengan bergotong-royong semuanya menjadi mudah.. macam WONDERPET... APE YANG PENTING KEJESAME!!APE YANG PENTING KEJESAME!! hehehe




Hasil2 daging lembu untuk dibawa pulang ke rumah....


Pada hari langsungnya majlis perkahwinan iaitu pada 31 Mei 2009 maka semua sanak saudara pun datang la ke majlis kenduri tersebut... majlis nie pun buat secara kecil kecilan je... sederhana je..jemput penduduk kampung dan saudara mara terdekat sahaja.

ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DIAMBIL SEPANJANG MAJLIS PERKAHWINAN BERLANGSUNG





TERATAK AYAHANDA







ANTARA TETAMU-TETAMU DAN KREW-KREW YANG DATANG KE MAJLIS PERKAHWINAN..
sempat possing lagi ye..hehehe.. adik beradik sebelah ayahandaku....









Sepanjang majlis berlangsung, sempat juga keluarga menganjurkan kuiz teka kacang tanah.. tapi ana x join pun.tetamu2 yang hadir sahaja.. habis borang2 kuiz diisi oleh para tetamu.. dan pemenangnya orang kampung jugak la...hehehe..hadiah berupa pakej menunaikan umrah..hehe..xla..dapat hamper aje... cabutan bertuah juga diadakan kepada pekerja2 yang membuat kerja sepanjang majlis berlangsung....

Gambar diatas semasa ana diumumkan antara nombor bertuah yang dapat hamper..hehehe.. ape lagi riangnya dapat hadiah..kehkeh.. sebelah tu kakak ana, Kak NOOr....


Setelah majlis berakhir operasi kemas mengemas pun berlangsung.... semua kene kemas.. xlupe juga aktiviti pengantin menyental kuali dan periuk hitam kat dapur..hekhek..kejam sungguh rasenye.... wassalam....

0 comments: